• Jika PRU14 Esok, Semua Calon BN Di Sarawak Sudah Bersedia - Rundi

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    KUCHING: "Jika PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) berlangsung esok, semua calon bersedia untuk diturunkan," kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau berkata, jentera BN negeri sudah cukup bersedia menghadapi PRU14 yang diadakan pada bila-bila masa.

    Menurutnya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengarahkan semua parti komponen BN menyiapkan jentera untuk bertempur dengan pembangkang.

    "Kita bersedia untuk pilihan raya umum biarpun diadakan esok. Ini kerana kita sudah diarahkan untuk bersedia," ujarnya.

    Rundi menambah, semua empat parti komponen BN merangkumi PBB, SUPP, PRS dan PDP sudah mengemukakan senarai calon kepada kepimpinan tertinggi BN.

    "Kita yakin untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi sebelum ini dan berharap menang di enam kerusi yang kalah," jelasnya.

    Beliau yang juga Menteri Utiliti menjelaskan, kepimpinan tertinggi BN juga telah mengenalpasti calon boleh menang di enam kerusi kalah yang kebanyakan kawasan bandar.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Jika PRU14 Esok, Semua Calon BN Di Sarawak Sudah Bersedia - Rundi "