• Jika Mahu Rampas Sarikei, SUPP & UPP Perlu Bekerjasama

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    Sudah pasti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengimpikan untuk merampas balik kerusi Parlimen Sarikei daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Perkara tersebut adalah tidak mustahil memandangkan populariti SUPP semakin meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

    Disebalik populariti tersebut, masalah tetap membelenggu SUPP kerana UPP sudah pasti akan meletakkan calon juga di kerusi terbabit.

    Memetik laporan Sarawakvoice.com, pengalisis politik percaya kemenangan hanya majoriti 505 undi pada PRU lalu memberi laluan sukar kepada DAP untuk kembali mempertahankan kerusi tersebut.

    Pada PRU-13, Wong Ling Biu memperoleh 14,263 undi untuk menewaskan Ding Kuong Hiing yang meraih 13,754.

    Namun, pada pilihan raya negeri lalu dari segi majoriti bagi dua kerusi di bawah Parlimen Sarikei – Repok dan Meradong – BN memperoleh majoriti 2,459 undi.

    Calon BN di Repok Huang Tiong Sii menang dengan majoriti 943 undi manakala Ding Kuong Hiing menang dengan majoriti 1,516.

    Dengan kelebihan yang dimiliki itu, SUPP perlu juga menjalinkan kerjasama dengan UPP untuk memastikan jentera yang diturunkan lebih kuat dan ampuh.

    Sebelum ini, UPP pimpinan Datuk Seri Wong Soon Koh secara terbuka menyatakan hasrat mahu bertanding di beberapa kerusi yang secara tradisi milik SUPP.

    Pada pilihan raya negeri Mei 2016, BN terpaksa menampilkan calon langsung sebagai strategi mengelak konflik terbuka antara kedua-dua parti terbabit.

    Kata penganalisis, selain mengelakkan perebutan kerusi dan konflik berkenaan, SUPP juga perlu mengemukakan calon mampu menang dan disukai rakyat.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jika Mahu Rampas Sarikei, SUPP & UPP Perlu Bekerjasama "