• Jersi 'Superstar' Neymar Terlalu Laris

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    Paris Saint-Germain (PSG) kehabisan jersi Neymar selepas mencatat rekod jualan tertinggi sejak pemain sensasi Brazil itu tiba dalam Ligue 1.

    Kelab Perancis itu menerima sambutan hangat sejak 30 hari lalu apabila lebih 120,000 jersi angka 10 terjual membolehkan kelab meraih pendapatan lebih £7.8 juta pound (RM44.3 juta).

    Angka luar jangkaan dicatat kelab menyaksikan peningkatan lebih 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu disebabkan ketibaan pemain Brazil itu.

    Permintaan terlalu tinggi terhadap jersi Neymar sehingga November menyebabkan PSG risau mereka kehabisan stok.

    Pemain Brazil itu tidak berdepan masalah menyesuaikan diri di Paris selepas berhijrah dengan rekod perpindahan £198j (RM1.12 bilion) daripada Barcelona pada musim panas lalu.

    Dia kini bintang pujaan kelab gergasi Perancis itu dan reputasi gahnya berbaloi membantu PSG menewaskan Lyon 2-0, semalam.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jersi 'Superstar' Neymar Terlalu Laris "