• Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim disemayam di Balai Penghadapan Baru

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+


    ALOR SETAR – Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 90, dibawa ke Balai Penghadapan Baru Istana Anak Bukit di sini untuk disemayamkan pada pukul 10.30 pagi ini.

    Istiadat penghormatan terakhir untuk rakyat akan bermula pada pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

    Sementara itu, sultan dan raja-raja Melayu, kerabat diraja serta orang kenamaan akan memberikan penghormatan terakhir bermula pukul 12.30 tengah hari.

    Pekarangan Istana Anak Bukit mula dikunjungi orang ramai seawal pukul 9 pagi ini yang tidak mahu melepaskan peluang memberikan penghormatan terakhir kepada sultan yang disayangi itu. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim disemayam di Balai Penghadapan Baru "