• Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim selesai disiram, dikafan

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+


    ALOR SETAR – Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 90, dibawa ke Balai Penghadapan Lama Istana Anak Bukit di sini untuk istiadat bersiram dan mengkafan jenazah bermula pukul 8 pagi tadi.

    Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim selepas itu akan disembahyangkan di balai sama pada pukul 10.30 pagi.

    Almarhum Sultan Kedah mangkat di Istana Anak Bukit pada pukul 2.30 petang semalam.

    Kemangkatan bagin­da yang memerintah Kedah selama 59 tahun diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di Wisma Darul Aman di sini pada pukul 6.30 petang semalam. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim selesai disiram, dikafan "