• Jefferson Gesa Komuniti Cina Di Kapit Sokong Calon BN

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    Komuniti Cina diseru untuk memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Kapit pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    "Saya menasihati komuniti Cina di sini untuk bersatu dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon kerajaan pada PRU14 nanti.

    "Penyandang Datuk Alexander Nanta Linggi adalah pilihan untuk mempertahankan kerusi ini. Setiap undi dikira dan saya menggesa penggundi semua undi untuk mengundi Nanta untuk kemenangan besar," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau berkata, kemenangan besar amat perlu untuk membuktikan kepada kepimpinan tertinggi BN Kapit merupakan kubu kuat BN.

    "Apabila kerajaan melihat kita penyokong kuat BN, ia akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan di bawa ke Kapit," ujarnya.

    Sehubungan itu, beliau mahu semua pemimpin komuniti Cina, pemimpin persatuan Cina dan kelab untuk menerangkan kepada komuniti Cina yang lain kenapa mereka perlu menyokong calon BN.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Jefferson Gesa Komuniti Cina Di Kapit Sokong Calon BN "