• Jari Kelengkeng 'Ditelan' Tombol Pintu

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+

    SHAH ALAM: Lelaki berusia 24 tahun menahan sakit lebih sejam selepas jari kelengkengnya tersepit pada tombol pintu sebuah pangsapuri, jam 11 malam kelmarin.

    Kejadian berlaku ketika lelaki itu yang menuntut di sebuah universiti mahu membaiki tombol pintu dengan memasukkan jari kelengkengnya ke dalam tombol terbabit.

    Bagaimanapun, jari terbabit tersekat dan dia kemudian menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.19 malam sebelum anggotanya dikerah ke lokasi di Pangsapuri Rimba.

    “Kami menggunakan playar untuk melepaskan jari mangsa. Operasi berakhir jam 12.31 tengah malam.

    “Jari mangsa turut luka akibat tersepit,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jari Kelengkeng 'Ditelan' Tombol Pintu "