• Jari Kanak-Kanak Perempuan Tersepit Pada Celah Pintu Bilik

    Published: Sunday, 17 September 2017
    A- A+

    KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan sakit selama 15 minit selepas jari telunjuk kanannya tersepit pada pintu bilik dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja di sini malam tadi.

    Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.35 malam ketika mangsa bermain di belakang pintu bilik tidurnya seorang diri.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu telah menolak pintu dari arah belakang sebelum jari hantunya tersepit.

    Katanya, susulan itu kanak-kanak terbabit telah menjerit sebelum didengari oleh bapanya berusia 40-an.

    "Bapa mangsa cuba mengeluarkan jari anaknya itu namun gagal sebelum membuat keputusan menghubungi pihak bomba pada pukul 8.38 malam bagi mendapatkan bantuan.

    "Anggota bomba yang tiba 12 minit kemudian berjaya mengeluarkan jari mangsa dengan merenggangkan pintu tersebut mengunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Jelasnya, jari telunjuk mang­sa hanya mengalami sedikit bengkak kerana tersepit dalam tempoh masa agak lama. - K! ONLINE




    Subjects:

  • No Comment to " Jari Kanak-Kanak Perempuan Tersepit Pada Celah Pintu Bilik "