• Jari Kaki Disambung Ke Tangan, Belajar Pegang Pen

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    MESKIPUN jari tangannya telah digantikan dengan jari kakinya akibat satu kemalangan namun Jeremy Payton, 55 tidak bersedih sebaliknya dia belajar memegang pen dan memasak.

    Jeremy kehilangan jari tangannya selepas jari itu termasuk ke dalam mesin pengisar industri.

    Pada mulanya dia menyangka akan menjadi cacat seumur hidup, namun pakar bedah telah memindahkan tiga jari kakinya dan menyambung pada tangannya.

    Dengan keadaan itu, Jeremy terpaksa menerimanya dan mula belajar menggunakan `jari’ baru itu untuk melakukan urusan harian termasuk mengikat kasut, memasak dan bermain golf.

    “Apabila kemalangan itu berlaku, saya tidak sedar betapa seriusnya keadaan itu. Saya menemui rakan sekerja dan memberitahu mereka mungkin kulit saya tertanggal dari tangan.

    “Tapi apabila melihat tangannya, barulah saya sedar saya sudah tiada jari lagi,’’ katanya.

    Kejadian yang berlaku 17 tahun itu telah mengubah hidupnya.

    Ketika itu, paramedik optimistik bahawa mereka boleh menyambung semula jari Jeremy ketika dia dimasukkan ke dalam ambulan namun kecederaan itu sangat teruk hinggakan jari berkenaan tidak boleh disambung lagi.

    “Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan oleh doktor bahawa mereka boleh mengambalikan semula kegunaan tangan saya.

    “Ia agak pelik apabila mereka menerangkan mereka mahukan jari kaki saya,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Jari Kaki Disambung Ke Tangan, Belajar Pegang Pen "