• Isteri Perdana Menteri Israel Akan Didakwa Salah Guna Wang Awam

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+


    BAITULMAQDIS -- Isteri Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu akan didakwa kerana melakukan penipuan membabitkan barangan bernilai $115,000, lapor agensi berita China Xinhua.

    Memetik laporan Channel 2 TV News, Peguam Negara Israel Avichai Mandleblit dijangka mengumumkan perkara itu hari ini.

    Sara Netanyahu disiasat kerana melakukan pesanan serta tempahan barangan yang menimbulkan kesangsian apabila melaporkannya sebagai perbelanjaan awam dan bukan membayar secara peribadi.

    Beliau menempah hidangan istimewa serta membeli perabot taman untuk vila keluarga Netanyahu di Caesarea, sebuah bandar kaya di tengah Israel dan mengisytiharkannya sebagai perbelanjaan awam.

    Di samping itu, beliau turut disiasat kerana menggunakan seorang pegawai kediaman rasmi perdana menteri di Baitulmaqdis sebagai penjaga bapanya.

    Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun menafikan laporan itu.

    Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga sedang disiasat atas dua kesalahan rasuah.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Perdana Menteri Israel Akan Didakwa Salah Guna Wang Awam "