• Isteri Ditendang Suami, Dua Batang Gigi Patah

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+


    JAKARTA – Berang kerana isteri sering menghadap telefon bimbit dan kerap membebel, seorang suami telah menyepak dan menyebabkan isterinya kehilangan dua batang gigi hadapan.

    Menurut laporan media Indonesia, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Nem dikatakan menunggu kepulangan suaminya itu di wilayah Jawa Timur pada 29 Ogos yang lalu.

    Suaminya telah keluar rumah pada jam 9 malam dan pulang ke rumah pada jam 2 pagi. Si isteri terus menyoal suami tentang kelewatannya pulang ke rumah.

    Mereka dikatakan telah berperang mulut dan sebelum itu mangsa telah mengirimkan SMS tetapi tidak dijawab oleh si suami.

    Mungkin kerana rimas dan rungsing kerana asyik dengar isterinya membebel, si suami telah memukul isterinya sehingga terjatuh dan menyepak mulutnya sehingga menyebabkan dua batang gigi depannya patah.

    Bagaimanapun suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis dan berita itu mendapat perhatian daripada jiran tetangga yang tahu mengenai kejadian tersebut.

    Setelah disoal siasat, suspek mengaku bahawa dia tidak dapat mengawal rasa marah dengan si isteri yang hanya mementingkan telefon bimbitnya sahaja.

    “Saya nak marah sebab suami balik lambat, tapi saya kena marah balik. Saya main handphone cuma main Facebook dan Youtube, tidak ada niat lain.

    “Saya minta maaf kepada suami mungkin saya belum boleh menjadi isteri yang baik,” luahnya dengan rasa sedih.

    Suspek kini berada di bawah tahanan pihak polis Ponorogo Jawa Timur bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Ditendang Suami, Dua Batang Gigi Patah "