• Israel Terus Cari Pasal

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+


    TEL AVIV – Israel meraikan ulang tahun penempatan Yahudi ke-50 di Tebing Barat dan Golan Heights, yang membangkitkan kemarahan penduduk Palestin dan mencetuskan perbalahan dengan Mahkamah Agung.

    Kerajaan berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyifatkan sambutan itu sebagai perayaan negara.

    Dianggarkan 5,000 tetamu hadir di majlis berkenaan yang diadakan bersebelahan pangkalan tentera di blok penempatan Gush Etzion, lokasi kerajaan berhaluan kiri Israel ketika itu menggalakkan pembinaan penempatan pertama di Tebing Barat pada September 1967.

    Segelintir peneroka dari penempatan di pangkalan luar Netiv Haavot menentang perintah mahkamah yang menyatakan sebilangan bangunan dibina di atas tanah persendirian penduduk Palestin dan perlu diruntuhkan.

    “Hari ini janji, esok roboh,” menurut satu sepanduk dalam bahawa Hebrew.

    Tidak dapat dipastikan sama ada Netanyahu melihat mesej itu tetapi beliau berulang kali berjanji kepada peneroka mereka tidak akan dihalau dari rumah masing-masing.

    “Tiada penempatan akan dimusnahkan di Israel,” katanya.

    Tidak dapat dipastikan sama ada Netanyahu menyatakan tiada penempatan akan diruntuhkan dalam sebarang perjanjian damai dengan Palestin, yang menimbulkan keraguan berhubung peluang menubuhkan dua negara di wilayah itu. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Israel Terus Cari Pasal "