• Irma ragut dua nyawa

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    PARIS: Dua mangsa dilaporkan terbunuh selepas taufan Irma membadai St Barts dan St Martin di timur Kepulauan Carribean, semalam.

    Menteri Hal Ehwal Luar Perancis, Annick Girardin, berkata dana bantuan diwujudkan bagi melaksanakan projek pembangunan semula kawasan terbabit.

    "Saya ingin mengesahkan taufan Irma sudah menyebabkan dua kematian, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera parah," kata Girardin kepada rangkaian televisyen BFMTV.

    Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata bilangan kematian dijangka meningkat dan taufan Irma mengakibatkan kemusnahan teruk di kedua-dua pulau itu.

    "Pelan pembangunan kebangsaan akan dilaksanakan secepat mungkin dan dana kecemasan bagi membiayainya akan ditubuhkan," kata Macron selepas mempengerusikan mesyuarat di sini, semalam.

    Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Luar berkata, Girardin sudah tiba di pulau Guadeloupe yang terletak di Carribean lewat semalam, bersama bekalan bantuan dan pasukan kecemasan bagi meninjau keadaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Irma ragut dua nyawa "