• Internet Berkelajuan Tinggi Selaras Keperluan Ekonomi Digital

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Ekonomi digital melangkaui kawasan serta sempadan, demikian tegas Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

    "Ketika ini, kerajaan negeri serius membangunkan infrastruktur Internet berkelajuan tinggi di Sarawak dengan peruntukan dana berjumlah RM1 bilion," kata beliau.

    Tambahnya, inisiatif tersebut di ambil bagi membangunkan infrastruktur internet berkelajuan tinggi secara berperingkat dan sebagai permulaan bagi mewujudkan 'backhaul' dan 'gateway' internet sendiri.

    Jelasnya, perbincangan sedang dilakukan bersama negara Indonesia dan Brunei Darussalam bagi membangunkan 'backhaul' dan 'gateway' internet secara usaha sama.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ketua menteri memberitahu Sarawak mungkin akan menikmati internet berkelajuan tinggi dalam masa dua tahun akan datang.

    "Jurang ekonomi bandar dan luar bandar perlu dirapatkan dengan mentransformasikan ekonomi Sarawak sekarang kepada ekonomi digital," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Internet Berkelajuan Tinggi Selaras Keperluan Ekonomi Digital "