• Idris Tidak Bersetuju Kenyataan Populis Manyin

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+
    Isu Rohinya adalah krisis kemanusiaan terbesar masa kini di mana ribuan masyarakat Islam dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Ia melarat menjadi isu penghapusan etnik Rohingya sehingga melangkaui batas-batas kemanusiaan dimana wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa.

    ADUN Muara Tuang Dato Idris Buang tidak bersetuju terhadap kenyataan populis Menteri Pendidikan Sarawak Datuk Michael Manyin yang mengatakan Sarawak tidak akan memberi perlindungan terhadap masyarakat Rohinya, kerana ianya bercanggah dengan amalan kemanusiaan serantau.

    Kenyataan Manyin dilihat terlalu populis dengan harapan untuk menarik minat kelompok tertentu yang kritikal terhadap apa saja usaha kerajaan.

    Manyin tidak sepatutnya semata-mata merujuk kepada propaganda dibuat pihak tertentu di media sosial yang mengatakan kononnya kerajaan akan menempatkan pelarian Rohingya di Serian dan Bau.

    Michael Manyin pada Sabtu memberitahu, Sarawak akan menentang sebarang usaha untuk menempatkan pelarian Rohingya di negeri ini.

    "Kami menentang sepenuhnya, bagaimana mungkin kita dapat menerima mereka?,” katanya dipetik The Malay Mail

    Entah dari mana Manyin mengutip berita tersebut, selain menceduk fitnah murahan di media sosial.

    Kelompok tertentu yang aktif menyebarkan dakyah di media sosial sengaja mencipta propaganda tersebut untuk membangkit kemarahan rakyat, kerana mereka sedar rakyat Sarawak rata-rata tidak bersetuju kerajaan melaksanakan bantuan kemanusiaan.

    Malah ada golongan yang sengaja menyebarkan sentimen kebencian kepada komuniti Rohingya.

    Justeru Idris satu-satu pemimpin Sarawak setakat ini yang tidak bersetuju dengan kenyataan Manyin.

    Masyarakat Dunia melihat krisis kemanusiaan Rohingya memerlukan tindakan segera.

    Malaysia khasnya merupakan anggota ASEAN sedar apa yang berlaku di Rohingya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bertegas akan menyalurkan apa saja bantuan yang termampu.


    Namun bagi Idris, sebagai manusia, ada baiknya Sarawak membantu dan melindungi masyarakat Rohinya semampu yang boleh atas dasar prikemanusiaan sehingga isu Rohinya diselesaikan.

    Malah menurut Idris, krisis Rohinya tidak sepatutnya dilihat berdasarkan agama semata-mata tetapi lebih fokus isu kemanusiaan sejagat. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Idris Tidak Bersetuju Kenyataan Populis Manyin "