• Ibu Hadapi Tekanan Bakar Anak Hidup-Hidup

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+


    Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dipercayai dibakar hidup-hidup oleh ibunya, sebagai sebahagian daripada cubaan bunuh diri oleh wanita berkenaan.

    Ketika polis tiba di rumah mereka di bandar Zemst, Brussels, wanita itu sedang membakar anaknya di atas arang dengan mayat kanak-kanak berkenaan hampir keseluruhan rentung.

    Wanita itu juga memberitahu polis bahawa mereka dua beranak perlu dibakar kerana itu sahaja caranya untuk ke syurga bersama-sama.

    Wanita terbabit yang tidak didedahkan namanya telah dibawa ke hospital kerana mengalami keracunan karbon monoksida. Memandangkan keadaan fizikal dan mentalnya ketika ini yang tidak stabil, polis masih belum menyiasatnya.

    Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada kanak-kanak itu telah meninggal dunia sebelum dibakar atau dia dibakar hidup-hidup oleh ibunya.

    Sementara itu, jiran memberitahu bahawa wanita berkenaan mengalami tekanan selepas bercerai. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Hadapi Tekanan Bakar Anak Hidup-Hidup "