• Hidayah Di Hari lahir Yip Yew Fai

    Published: Saturday, 2 September 2017
    A- A+

    GEORGETOWN: Mengambil keberkatan dan erti pengorbanan Aidiladha, seorang lelaki memilih untuk memeluk Islam di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya, pagi tadi.

    Ibrahim Yip atau nama asalnya Yip Yew Fai, 26, memilih untuk melafazkan dua kalimah syahadah pada hari lahirnya yang turut disambut hari ini.

    Ibrahim berkata, pengislamannya ialah hadiah hari lahir yang paling istimewa dan penuh makna.

    “Saya sudah lama belajar mengenai Islam daripada beberapa rakan, tetapi belum berkesempatan untuk mengucap dua kalimah syahadah.

    “Hari ini saya membuat keputusan memeluk Islam di surau ini sebagai hadiah ulang tahun kelahiran saya sambil disaksikan oleh jemaah yang turut mengadakan majlis korban di sini,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

    Sementara itu, Pengerusi Surau Sutera Prima, Khairul Anuar Ishak, berkata pihaknya menyambut baik hasrat Ibrahim yang memilih untuk memeluk Islam di surau berkenaan, selain akan terus memberi bimbingan kepada Ibrahim untuk mendalami Islam. – BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Hidayah Di Hari lahir Yip Yew Fai "