• Heroin, Syabu Dalam Beg Silang

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    Tokan dadah ditahan polis bersama heroin dan syabu bernilai lebih RM35,000 dalam serbuan di Terminal Jeti Penumpang di Kuah, Langkawi, malam semalam.

    Dalam serbuan jam 9 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi itu, polis menahan dan memeriksa seorang lelaki berusia 36 tahun sejurus tiba dari tanah besar menerusi perkhidmatan feri penumpang.

    Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Polis Dr Che Ghazali Che Awang berkata, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui dadah jenis heroin seberat 946 gram (g) dan syabu (51.0 g) yang disembunyikan suspek dalam beg silangnya.

    "Polis percaya dadah yang ditemui dalam bungkusan surat khabar dan sampul surat kecil itu cuba diedarkan suspek kepada lebih 200 penagih di sekitar Kuah dan Kampung Kedawang, di sini.

    "Suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga 11 September ini dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah methamphetamine," katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata, kes disiasat berdasarkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Heroin, Syabu Dalam Beg Silang "