• Henti jual senjata kepada pengawal Erdogan

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membekukan penjualan senjata kepada pengawal peribadi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas pembantunya menyerang penunjuk perasaan di Washington Mei lalu, lapor dua senator semalam.

    Senator Patrick Leahy dan Chris Van Hollen, berkata langkah itu diambil selepas kedua-dunaya mencadangkan undang-undang mereka sendiri untuk menghentikan penjualan kepada Direktorat Perlindungan Presiden Turki.

    Langkah itu akan menyekat perjanjian oleh syarikat Sig Sauer yang berpangkalan di New Hampshire untuk menjual senjata bernilai AS$1.2 juta (RM5 juta) kepada unit pengawal peribadi yang terbabit dalam serangan terhadap penunjuk perasaan antiErdogan 16 Mei lalu semasa lawatan presiden itu ke Washington.

    "Penjualan senjata kepada pengawal keselamatan peribadi Presiden Erdogan tidak sepatutnya diluluskan, memandangkan sejarah kekerasan berlebihan pasukan mereka.

    "Kita juga sepatutnya berhenti menjual senjata kepada unit Polis Kebangsaan Turki yang sewenang-wenangnya menangkap dan mengasari warganegara Turki yang mengkritik kerajaan secara aman," kata Leahy dan Van Hollen dalam satu kenyataan.

    Sembilan belas anggota keselamatan Erdogan dituduh terbabit dalam serangan di depan kediaman duta besar Turki yang menyebabkan beberapa penunjuk perasaan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Henti jual senjata kepada pengawal Erdogan "