• Harga Runcit Minyak AS Melambung

    Published: Sunday, 3 September 2017
    A- A+

    HOUSTON/NEW YORK: Harga runcit minyak di Amerika Syarikat (AS) melambung ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun berikutan kekangan bekalan ekoran laluan penghantaran terganggu kesan bencana taufan Harvey.

    Kebanyakan pelantar minyak yang membekalkan bekalan bagi kawasan timur laut serta barat tengah AS ditutup dan ia mencetuskan kekurangan stok bahan api itu.

    Kejadian itu turut menyebabkan berlaku lonjakan harga runcit tunai minyak mentah sehingga meningkat kepada AS$2.519 (RM10.76) segelen.

    Ia adalah paras tertinggi yang dicatatkan sejak Ogos 2015.

    Taufan Harvey yang melanda pesisir Teluk Texas juga menjejaskan pasaran bahan api kerana ia menyebabkan kekurangan kapasiti penapisan sekitar 4.4 juta tong sehari.

    Jumlah itu adalah tinggi sedikit daripada penggunaan di Jepun.

    Lori tangki yang membawa jutaan tong bahan api telah diarahkan melalui laluan lain untuk dihantar ke AS bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bekalan.

    Gabenor Texas, Greg Abbott pada Jumaat lalu berkata, Texas tidak akan berhadapan dengan masalah kehabisan minyak walaupun berhadapan dengan isu penapisan.

    "Terdapat banyak minyak di negeri ini," kata Abbott pada satu sidang media.

    Setiausaha Tenaga AS meluluskan penghantaran tambahan minyak mentah daripada Rizab Strategik Petroleum berjumlah 3.5 juta tong, selepas meluluskan satu juta tong pada Khamis lalu.

    Loji Explorer Pipeline, yang membawa bahan api dari Pantai Teluk AS ke kawasan barat tengah AS menyasarkan untuk memulakan semula rangkaian utamanya pada Isnin ini.

    Sementara itu, loji Colonial Pipeline, yang juga sistem bahan api terbesar AS akan terus menutup separuh operasinya.

    Namun, ia akan terus membuka sistem operasi di timur kawasan yang dilanda bencana banjir di Texas. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Runcit Minyak AS Melambung "