• Harga Promosi MYTV Dilanjutkan Hingga 31 Dis

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – MYTV Broadcasting Sdn Bhd kini melanjutkan harga promosi dekoder digital televisyen pada RM199 sehingga 31 Dis, 2017.

    Harga asalnya adalah RM317.

    Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, Michael Chan berkata lanjutan tempoh itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki dekoder tersebut pada harga lebih berpatutan serta menikmati audio dan video digital secara jelas menerusi myFreeview.

    Setakat ini, sejumlah 4.2 juta dekoder percuma telah diedarkan kepada kelompok isi rumah yang layak daripada golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

    Chan berkata dekoder MYTV itu sesuai untuk digunakan oleh set televisyen baharu dan lama, termasuk jenis tiub sinar katod.

    “Pengguna hanya perlu menyambung dekoder itu dengan televisyen dan antena UHF yang berfungsi. Kedua-dua antena luar dan dalam juga boleh digunakan biarpun kami lebih mengesyorkan penggunaan antena UHF,” katanya dalamn satu kenyataan hari ini.

    MYTV telah dilantik oleh kerajaan bagi melakukan usaha-usaha transformasi perkhidmatan penyiaran percuma negara daripada analog kepada digital di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

    Dekoder berkenaan boleh dibeli secara dalam talian di https://shop.mytvbroadcasting.my serta 220 premis kedai elektrik di sekitar Malaysia.

    Maklumat senarai penuh premis terbabit boleh diperoleh di www.mytvbroadcasting.my. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Promosi MYTV Dilanjutkan Hingga 31 Dis "