• Harga minyak mentah naik

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+

    NEW YORK: Harga minyak mentah menokok hari ini selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata lebihan minyak mentah global mula menguncup, sungguhpun data Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan ketara dalam inventori domestik disebabkan Hurricane Harvey.

    Penganalisis menjangka bekalan akan meningkat berikutan loji penapisan kembali beroperasi selepas ditutup angkara Hurricane Harvey.

    Harga minyak mentah AS ditutup AS$1.07 lebih tinggi, atau 2.2 peratus, kepada AS$49.30 satu tong.

    Penanda aras global Brent pula menokok 89 cent kepada AS$55.16 satu tong.

    Pengeluaran minyak mentah AS melantun minggu lalu kepada purata 9.4 juta tong sehari daripada 8.8 juta tong sehari seminggu sebelum itu.

    Simpanan gasolin AS susut 8.4 juta tong, kejatuhan mingguan terbesar sejak data mula dikumpul pada 1990.

    Simpanan minyak diproses AS susut 3.2 juta tong. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga minyak mentah naik "