• Hanya 70 Peratus Doktor Di Sarawak Anak Tempatan

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+
    KUCHING : Dari seramai 3,282 doktor yang berkhidmat di negeri ini, hanya 70 peratus adalah anak tempatan, kata Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang.

    "Kekurangan doktor dianggarkan seramai 4,350 orang. Kerajaan negeri ingin sekali memperbaiki angka 70 peratus warga Sarawak itu kepada peratus yang lebih tinggi dalam masa terdekat,” katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Azmi berkata Sarawak memerlukan 7,282 doktor untuk setanding dengan nisbah kebangsaan, dengan populasi yang dijangkakan seramai tiga juta orang menjelang 2020.

    Menurutnya, ketika ini, di Sarawak nisbah doktor kepada populasi adalah 1:800 manakala Malaysia sekarang mempunyai nisbah doktor kepada populasi 1:656, dengan sasaran mencapai nisbah 1:400 menjelang 2020.

    Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil serius terhadap jurang permasalah ini dan telah mengiktiraf kekurangan doktor perubatan sebagai salah satu bidang keberhasilan utama di bawah sektor kualiti pendidikan dan modal insan menerusi jawatankuasa kabinet bagi prestasi dan transformasi penyampaian perkhidmatan.

    "Jawatankuasa ini memutuskan keperluan untuk mewujudkan program khas bagi melatih lebih ramai pelajar perubatan selain daripada pengambilan pelajar perubatan biasa oleh kerajaan persekutuan,"

    “Dalam erti kata lain, kerajaan negeri akan menyediakan biasiswa dalam bidang ini,” katanya.

    Sebagai permulaan katanya, kerajaan negeri telah menganugerahkan biasiswa kepada 40 pelajar program perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

    "Selepas graduasi dan latihan, doktor-doktor ini diwajibkan berkhidmat di negeri ini bagi tempoh minimum selama 10 tahun," - Sarawakiana
  • No Comment to " Hanya 70 Peratus Doktor Di Sarawak Anak Tempatan "