• Hantar Gambar Keluarga Dapat Wang Tunai & Kamera

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak dan Pejabat Setiausaha Politik menganjurkan pertandingan gambar dan cerita pendek dalam usaha menyemai perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat Bumi Kenyalang.
    "Bertemakan, We Sarawakian and My Colourful Happy Family, pertandingan dibuka pada 1 September hingga 16 September 2017.

    "Idea menganjurkan pertandingan ini adalah kepelbagaian kaum dan budaya keluarga bagi mempamerkan kehidupan keluarga di Sarawak yang boleh menerima, menyesuaikan diri, bertolak ansur serta saling menghormati, memahami dan keunikan yang menggabungkan kepercayaan agama dan etnik melalui perkahwinan campur," kata Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol.

    Katanya, objektif pertandingan adalah untuk mempromosikan perpaduan, tolak ansur dan saling menghormati dalam masyarakat pelbagai kaum terutamanya di Sarawak.

    "Pertandingan dibuka kepada semua rakyat Sarawak yang tinggal di Malaysia tanpa mengira usia.

    "Peserta perlu menghantar dua keping gambar berwarna dan sebuah penulisan yang menggambarkan keunikan atau perpaduan keluarga dengan tidak lebih daripada 150 patah perkataan," ujarnya.

    Jelasnya, peserta boleh menghantar penulisan dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris serta disokong oleh pengesahan daripada dua orang pengadil.

    "Tarikh tutup pertandingan adalah pada 16 September 2017 pada pukul 7 petang dan keputusannya akan diumumkan pada 23 September," jelasnya.

    Hadiah pertama melibatkan wang tunai RM3,500, penginapan semalam di Damai Beach Resort, kamera dan plak manakala tempat kedua merangkumi wang tunai RM2,500, kamera dan plak sementara tempat ketiga wang tunai RM2,000, kamera dan plak.

    Pemenang tempat keempat dan kelima akan menerima plak-Sarawakiana



  • No Comment to " Hantar Gambar Keluarga Dapat Wang Tunai & Kamera "