• Halimah Angkat Sumpah Presiden Singapura Khamis Ini

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+
    Foto : TODAY online
    Bakal Presiden wanita pertama Singapura, Halimah Yacob berjanji melakukan perkara terbaik untuk rakyat negara itu sebaik diumumkan menang tanpa bertanding semalam.

    Lapor The Straits Times, bekas Speakar Parlimen Singapura itu dijangka mengangkat sumpah Khamis ini dan akan berkhidmat sebagai Presiden selama enam tahun.

    Halimah menjadi presiden Melayu kedua Singapura selepas menjadi satu-satunya calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding yang dikeluarkan Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.

    Sebelum ini, Yusof Ishak pernah menjadi presiden pertama negara itu selepas Singapura keluar dari Malaysia.

    Manakala permohonan dua lagi calon, Farid Khan, 62 tahun, dan Salleh Marican, 67 ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan iaitu mengetuai syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah RM1.56 bilion untuk tempoh tiga tahun terakhir.

    Pilihan Raya Presiden Singapura menyaksikan ia dikhaskan kepada komuniti Melayu berikutan perubahan skim pengundian presiden yang diluluskan parlimen pada November lepas.- BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Halimah Angkat Sumpah Presiden Singapura Khamis Ini "