• Halang Pemimpin Semenanjung, PKR Akan Saman Kerajaan Sarawak

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang untuk menyaman kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Imigresen kerana menghalang pemimpin mereka dari Semenanjung Malaysia dari memasuki negeri ini.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua PKR Miri Dr Michael Teo berkata, PKR akan mengkaji semula undang-undang yang menghalang mana-mana individu yang dianggap mengancam dan menggugat perpaduan di negeri ini.

    "Kami telah berunding dengan penasihat undang-undang parti kami untuk menyaman kerajaan negeri dan Jabatan Imigresen kerana menyalahgunakan kuasa," katanya

    Pada Sabtu lalu, Ketua PKR Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan telah ditahan di Lapangan Terbang Miri (LTM) dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak bagi menghadiri Majlis Pink Diamond Dinner anjuran Pakatan Harapan di Miri.

    "Sekiranya pihak berkuasa menghalang mereka dari Kuala Lumpur ke Miri, mungkin lebih baik daripada menahan mereka setelah tiba di lapangan terbang dan kemudian menghantar mereka kembali ke Kuala Lumpur," ujar beliau.

    Dr Teo yang juga merupakan Ahli Parlimen Miri mendakwa pengharaman pemimpin pembangkang dari Semenanjung telah mengganggu majlis malam tersebut.

    "Tindakan pihak berkenaan sangat tidak demokratik kerana ia telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang hadir,"

    Dr Teo turut menyeru agar tindakan mengharamkan individu berkaitan dihentikan dan tidak berlaku lagi di masa akan datang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Halang Pemimpin Semenanjung, PKR Akan Saman Kerajaan Sarawak "