• “Hai Awak, Nak Donat Tak?”

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    SUSULAN filem pecah panggung, It, sebuah kedai donat memperkenalkan pilihan penghantaran baharu bertemakan Halloween.

    Hanya bayaran tambahan sebanyak AS$5 (RM21), pelanggan Hurts Donut boleh mendapatkan donat yang dihantar oleh seseorang berpakaian badut yang menyeramkan.

    Penampilan badut yang tidak dijangka itu secara tidak langsung akan menakutkan ahli keluarga dan rakan-rakan.

    Bukan sekadar gurauan, tetapi badut ini kemudiannya akan menyerahkan tempahan donat dengan aneka perisan yang menyelerakan.

    Dalam satu temuramah bersama Guidelive, pemilik bersama Hurts, Kas Clegg berkata: "Kita sentiasa mengikut perkembangan, dan badut-badut ini menjadi trend sekarang.

    "Sekarang musim luruh dan menghampiri Halloween, jadi kita mahu memastikan khidmat penghantaran yang menyeronokkan. Kita menyukai badut-badut yang menakutkan," katanya dengan mendakwa bahawa ideanya bukan berinspirasikan filem It, tetapi mengakui ia mampu membantu meraih sambutan. - odditycentral

    Subjects:

  • No Comment to " “Hai Awak, Nak Donat Tak?” "