• Hadiah Lumayan Menanti Miss 1 Borneo Beautiful 2018

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Pertandingan Ratu Cantik Miss 1Borneo Beautiful 2018 (M1BB2018) yang sebelum ini dikenali sebagai Miss Borneo Beautiful kini kembali dengan pelbagai hadiah lumayan untuk dimenangi.

    Pertandingan anjuran Alaric's Productions Company dijadualkan berlangsung pada 13 Januari 2018 sebagai kemuncak Grand Finale dan kini permohonan penyertaan sudah mula dibuka kepada warga negeri Sarawak dan Sabah yang berminat.

    Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000, tempat ke-dua akan menerima RM2,000, tempat ke-tiga RM1,000, tempat ke-empat RM800 dan ke-lima akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.

    Jurucakap penganjur Alaric Soh berkata pemenang untuk lima tempat teratas akan turut menerima hadiah berupa kursus solekan dan dandanan professional daripada Cabin Crew Grooming Academy bernilai RM10,000.

    "Lima kategori lain yang turut dipertandingkan bersama dalam M1BB2018 seperti Evening Gown Terbaik, Miss Talent, Miss Photogenic dan Miss Beautiful dengan hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 bagi setiap kategori.

    "Hadiah istimewa bagi Pereka Fesyen 1Borneo Terbaik 2018 untuk tiga tempat terbaik turut dibuka kepada pereka fesyen dari Sarawak dan Sabah," katanya

    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2017.

    Pertandingan terbuka hanya kepada warga negeri Sarawak dan Sabah bukan Islam dan masih bujang serta berumur di antara 18 hingga 25 tahun dengan ketinggian minima 163 sm.


    Soh dapat dihubungi melalui whatsapp di nombor 014-6800000 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

    Pertandingan kali ini turut mendapat sokongan tajaan dari Riverside Majestic Hotel, Alaric Image, Personaliti & Beauty Grooming Academy, Cabin Crew Grooming Academy, K Plus Hair Stylist dan Lea Centre.- Sarawakiana


  • No Comment to " Hadiah Lumayan Menanti Miss 1 Borneo Beautiful 2018 "