• Guru Bongkar Rahsia Murid Dirogol

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    JASIN: Perbualan antara seorang guru dan anak muridnya membongkarkan peristiwa hitam bahawa kanak-kanak itu pernah dirogol.

    Murid Tahun Empat itu menunjukkan kurang minat belajar ketika sesi persekolahan berjalan.

    Guru kelas terbabit kemudiannya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan murid tersebut secara peribadi di sekolah pada minggu lalu untuk mengetahui punca sebenar perkara itu berlaku.

    Paling memeranjatkan, budak perempuan berusia 10 tahun itu mendakwa dirinya mendapat serangan seksual daripada seorang remaja lelaki.

    Suspek yang berusia 14 tahun itu didakwa merogol kanak-kanak malang terbabit sejak berada di Tahun Satu. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Guru Bongkar Rahsia Murid Dirogol "