• Guru 51 Tahun Direman 7 Hari

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+
    Gambar Harian Metro
    Mahkamah Majistret Kuching, di Petra Jaya, membenarkan perintah reman tujuh hari, bermula hari ini, terhadap guru yang disyaki merogol pelajarnya di Siburan.

    Suspek berusia 51 tahun yang memakai pakaian lokap itu tiba di kompleks mahkamah, pada 9.15 pagi.

    Perintah reman dikeluarkan Majistret Zulhairil Sulaiman selepas dimohon pegawai penyiasat Inspektor Nurliza Md Ruzli.

    Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.-myMetro
  • No Comment to " Guru 51 Tahun Direman 7 Hari "