• GST Sistem Percukaian Lebih Efisien

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    Disebalik kekeliruan yang timbul kesan propaganda dan dakyah pembangkang yang memburuk-burukkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) termasukkan menggesa kerajaan memansuhkan sistem percukaian tersebut.

    Lebih pelik lagi, rakyat yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang mahukan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikembalikan namun gagal menjelaskan mengenai kelebihannya.

    Temubual rawak yang dibuat menunjukkan kebanyakan orang awam lebih bersetuju dengan GST untuk menambah pendapatan negara kerana sistem kutipannya yang lebih efisien.

    "Apa yang saya nampak, pelaksanaan GST masih lemah namun seharusnya kita dapat menerima kelemahan tersebut kerana ia satu sistem cukai yang baharu dan mempunyai ruang lingkup yang sangat luas.

    "Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya dan yakin, GST mampu membantu negara kita untuk menjadi sebuah negara maju," kata Zainal Rashidi.

    Rosita Razali yang bertugas sebagai akauntan pula menjelaskan sekiranya GST tidak dikuatkuasakan, besar kemungkinan banyak projek pembangunan negara terpaksa ditunda kesan kejatuhan harga minyak mentah dan komoditi lain.

    "Saya tiada masalah dengan pelaksanaan GST kerana kadar 6% bagi saya adalah sangat berpatutan dengan keadaan ekonomi negara berbanding SST yang mengenakan cukai sebanyak 16% peratus," katanya.

    Bagi Ahmad Jais, GST nampak bagus tetapi peniaga yang tidak berdaftar turut mengenakan caj terhadap GST.- Sarawakiana
  • No Comment to " GST Sistem Percukaian Lebih Efisien "