• Gerai Makanan, Rumah Pekerja Musnah Dalam Kebakaran Di Miri

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    MIRI: Sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Miri Pujut, di sini sekitar jam 11:30 pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kebakaran melibatkan gerai makanan dan rumah pekerja yang terbakar 90 peratus.

    “Sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian, orang awam telah berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis Debu Kering (APA), namun api masih marak," katanya.

    Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – Sarawakiana

  • No Comment to " Gerai Makanan, Rumah Pekerja Musnah Dalam Kebakaran Di Miri "