• Gerai Makan Musnah Di Matang

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Sebuah gerai makan sementara musnah dalam kebakaran yang berlaku berhampiran kedai TAKA Cake House Bakery, Jalan Matang di sini awal pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kebakaran melibatkan gerai makanan struktur jenis sementara dan empat unit gerai di kawasan terbuka terbakar 100 peratus.

    “Kebakaran terus merebak ke gerai berdekatan kerana terlalu rapat,” katanya.

    Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – Sarawakiana
  • No Comment to " Gerai Makan Musnah Di Matang "