• Gempar Anak Lembu Berkepala Dua

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    JEMPOL - Penduduk Felda Pasoh Dua di sini, gempar apabila dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala dua.

    Namun, anak lembu yang dilahirkan awal pagi semalam itu mati tidak lama kemudian.

    Menurut penduduk, Kamarul Azman Kamarudin, 46, anak lembu itu dipercayai dilahirkan di pekarangan rumah kakitangan Felda, awal pagi semalam.

    “Namun bangkai anak lembu itu dijumpai orang ramai yang berjoging sekitar jam 7.15 pagi semalam. Manakala pemilik lembu itu pula tidak dikenal pasti,” katanya.

    Sinar Harian difahamkan, penduduk juga mengakui kejadian luar biasa itu menunjukkan kebesaran ALLAH SWT dan bangkainya sudah ditanam.

    - Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Gempar Anak Lembu Berkepala Dua "