• Gempa Bumi 6.1 Landa Lautan Selatan

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.1 melanda kawasan terpencil Lautan Selatan, di selatan New Zealand, hari ini.

    Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan menyebut, gempa bumi itu dengan kedalaman 10 kilometer (km) direkodkan pada jarak 211 km di barat Auckland.

    Tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Bumi 6.1 Landa Lautan Selatan "