• Gay Didakwa, Jangkiti 10 Kekasih Dengan HIV

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    Seorang lelaki gay, akan menjalani perbicaraan selepas dituduh menjangkiti beberapa kekasihnya dengan HIV selepas kondom yang digunakan ketika seks tercemar dengan virus berkenaan.

    Daryll Rowe yang merupakan pendandan rambut dan berasal dari Edinburgh, didakwa melakukan perbuatan itu mulai Oktober 2015 hingga Januari tahun lepas.

    Pada mulanya hanya dua lelaki dijangkiti HIV selepas melakukan seks dengannya namun jumlah itu meningkat kepada 10 orang.

    Rowe, yang merupakan HIV positif bagaimanapun menafikan semua tuduhan berkenaan.

    Meskipun kesnya akan dibicarakan namun jumlah tuduhan semakin bertambah.

    Dia kini ditahan reman di Scotland tetapi akan dipindahkan ke Lewes untuk menjalani perbicaraan pada bulan Oktober ini. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Gay Didakwa, Jangkiti 10 Kekasih Dengan HIV "