• Gambar Separuh Bogel, Kate Middleton Pampasan RM965,250

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+
    Foto: AFP
    Ekoran isu gambar separuh bogel Kate Middleton bersama Putera William yang diterbitkan pada 2012, Mahkamah Perancis memutuskan majalah selebriti negara itu perlu membayar 100,000 euro (RM508,026) sebagai pampasan kepada pasangan diraja itu.

    Mahkamah juga mengarahkan pengarang majalah Closer, Laurence Pieau dan penerbit Ernesto Mauri masing-masing membayar denda 45,000 euro setiap seorang (RM456,953).

    Pasangan diraja itu menuntut pampasan berjumlah 1.5 juta euro (RM7.62 juta) termasuk faedah.

    Peguam majalah, Paul-Albert Iweins berkata, beliau ‘berpuas hati’ dengan keputusan pampasan yang perlu dibayar, namun hukuman denda itu ‘diperbesarkan untuk isu peribadi.’

    Dua jurugambar agensi itu, Cyril Moreau, 32, dan Dominique Jacovides, 59, masing-masing didenda 10,000 euro (RM50,803) dengan 5,000 euro (RM25,401) tertangguh.

    Gambar-gambar tersebut dirakam ketika Kate dan suami sedang bercuti di Provence, wilayah selatan Perancis sekitar lima tahun lepas.

    Gambar kabur itu menunjukkan Kate Middleton berjemur memakai seluar bikini diambil ketika beliau bercuti pada September 2012 di selatan Perancis bersama suaminya. - AFP/ malaysiandigest

    Subjects:

  • No Comment to " Gambar Separuh Bogel, Kate Middleton Pampasan RM965,250 "