• Gadis Ditahan Disyaki Edar Dadah Di Kuching

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang gadis ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Bedil Besar dekat sini petang semalam.

    Dalam serbuan yang dijalankan sekitar jam 3 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu menahan gadis tersebut atas maklumat orang awam.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, serbuan tersebut dijalankan selepas menerima aduan dari orang awam dan hasil pemeriksaan lanjut di sebuah bilik dalam rumah suspek menjumpai dadah jenis syabu dianggarkan seberat 30.85 gram bernilai mencecah RM5,500 yang disembunyikan di dalam 39 paket kecil di dalam dua plastik lutsinar.

    Sehingga berita ini ditulis pihak polis masih dalam usaha mengesan rakan subahat suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau dipenjara seumur hidup dan 10 kali sebatan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Gadis Ditahan Disyaki Edar Dadah Di Kuching "