• Fenomena El Nino, La Nina, Jerebu Tidak Melanda Malaysia Tahun Ini

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Malaysia dijangka mengalami keadaan cuaca yang baik sehingga hujung tahun ini berikutan Fenomena El Nino dan La Nina berikutan bacaan suhu normal pada permukaan Lautan Pasifik.

    Fenomena El Nino dan La Nina menyebabkan keadaan kemarau akibat cuaca panas melampau dan taburan hujan yang banyak.

    Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Malaysia juga bebas daripada mengalami masalah jerebu yang pada kelazimannya melanda negara bermula bulan Ogos hingga September disebabkan oleh faktor taburan hujan yang menyebabkan kebakaran tidak berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

    "Jabatan Meteorologi melaporkan Fenomena El Nino mungkin tidak berlaku dan jika berlaku pun tidak ketara. Monsun Barat Daya dijangka berakhir hujung bulan ini dan fasa peralihan monsun dijangka berlaku pada Oktober depan.

    "Fasa Monsun Timur Laut pada bulan November hingga Disember yang membawa empat hingga lima episod hujan lebat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan di sini hari ini.

    Walaubagaimanapun, Wan Junaidi berkata, kerajaan tetap mengmbil langkah dan usaha-usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyebabkan masalah jerebu di peringkat tempatan. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Fenomena El Nino, La Nina, Jerebu Tidak Melanda Malaysia Tahun Ini "