• Fazzruddin Berharap Sekolah Rendah Di DUN Tupong Cemerlang Dalam UPSR

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berharap semua sekolah rendah dalam kawasan DUN Tupong dapat meningkatkan prestasi berbanding tahun sebelum ini dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

    “Saya ingin mengucap ‘All The Best’ kepada pelajar yang bakal menduduki UPSR, tabahkan hati, jangan gementar, ingat pesanan ibu bapa dan guru-guru.

    “Saya mendoakan kejayaan kepada seluruh pelajar UPSR bukan sahaja di kawasan ini, malah di seluruh Sarawak dan seluruh Malaysia,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Penyerahan Alat Tulis kepada Pelajar UPSR di SJK Chung Hua Batu 7 sebentar tadi.

    Sebanyak 14 sekolah rendah di DUN Tupong melibatkan lebih kurang 1,400 pelajar yang akan menduduki UPSR menerima bantuan alat tulis.

    “Kami juga ingin bersama-sama dengan ibu bapa pelajar sekolah memberi motivasi kepada anak-anak pelajar untuk memberi galakan kepada mereka supaya menduduki peperiksaan dengan baik.

    “Maka dengan itu, kami membuat keputusan untuk memberi peralatan tulis kepada semua pelajar-pelajar ini.

    “Beberapa buah kumpulan telah dibahagikan dimana kami akan pergi ke 14 sekolah tersebut untuk menyerahkan kepada pelajar-pelajar batuan alat tulis,” katanya – Sarawakiana
  • No Comment to " Fazzruddin Berharap Sekolah Rendah Di DUN Tupong Cemerlang Dalam UPSR "