• Elak Sengketa SUPP, UPP Jika Mahu Rampas Parlimen Sibu & Sarikei

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+
    Kemelut antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) perlu diselesaikan terlebih dahulu jika Barisan Nasional (BN) berhajat untuk merampas kembali Parlimen Sibu dan Parlimen Sarikei pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata, ia penting bagi mengelak berlaku pertembungan antara kedua-dua parti dan sabotaj terhadap calon yang diturunkan BN.

    Malah menurutnya, BN juga perlu menurunkan calon yang benar-benar disenangi rakyat.

    “BN ada peluang merampas kembali Parlimen Sibu dan Parlimen Sarikei. Jika tidak ada pertembungan antara SUPP dan UPP selain sabotaj terhadap calon, BN boleh menang di kedua-dua kerusi ini,” katanya.

    Menurutnya, pembangkang sudah pasti akan memainkan isu nasional yang membabitkan 1MDB, rasuah, salah guna kuasa dan Felda untuk meraih undi di kedua-dua kawasan majoriti Cina itu.

    “Pembangkang sudah pasti akan menangkat isu nasional untuk mempengaruhi pengundi,” ujarnya.

    Bagi Parlimen Sarikei, BN menerusi Datuk Ding Kuong Hiing tewas kepada Wong Ling Biu dari DAP dengan majoriti tipis 505 undi.

    Parlimen Sibu pula menyaksikan Lau Lee Ming (BN) tewas kepada Oscar Ling Chai Yew dari DAP dalam pertembungan yang turut disertai calon bebas, Narawi Haron.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Elak Sengketa SUPP, UPP Jika Mahu Rampas Parlimen Sibu & Sarikei "