• Ekspo China-ASEAN Dibuka Di China Selatan

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+


    NANNING – Ekspo China-ASEAN ke-14 dibuka Selasa di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China Selatan, menonjolkan aspek perdagangan dan pelaburan antara China, ASEAN serta negara lain yang terlibat dalam inisiatif pembangunan ‘One Belt, One Road’ atau Satu Jajaran, Satu Laluan, lapor agensi berita China Xinhua.

    Bertemakan “Membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, Menggalakkan Integrasi Ekonomi Serantau melalui Pelancongan,”, ekspo itu diadakan di Nanning, Guangxi.

    Acara empat hari itu menarik 2,709 peserta peningkatan 1.5 peratus berbanding sebelumnya manakala jumlah pembeli pula dijangka melebihi 10,000 termasuk kira-kira 4,000 pembeli antarabangsa, kata Sekretariat ekspoYang Yanyan.

    Sebanyak 6,600 gerai pameran dibuka pertambahan sebanyak 800 gerai berbanding sebelum ini.

    Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN juga dibuka hari ini.

    Turut diadakan sebanyak 36 forum dalam pelbagai bidang seperti kerjasama industri, perlindungan alam sekitar, kebudayaan, pengangkutan dan pelancongan.
    ASEAN adalah rakan perdagangan ketiga terbesar China manakala China pula rakan perdagangan terbesar ASEAN. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ekspo China-ASEAN Dibuka Di China Selatan "