• Dua Remaja Lemas Di Sungai Seduan Ditemui

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    SIBU: Dua remaja lelaki dilaporkan lemas di Sungai Seduan di sini semalam berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

    Mayat mangsa Pau Chiong Huat,18 dan James Tiong Kiong Hoe, 12 ditemui pasukan SAR di lokasi yang sama kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang semalam, dua daripada lima sekawan dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai ketika memancing di Sungai Seduan di sini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, seorang mangsa lemas ketika mengambil mata kail yang tersangkut didalam air, manakala seorang lagi turut lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya.

    Menurutnya, Unit PPDA Bomba dari Zon 4 seramai 6 orang turut terlibat dalam pencarian menyusuri tebing Sungai Seduan.

    “Unit PPDA Bomba telah menjumpai mayat mangsa pertama pada jam 10.30 dan mangsa kedua turut dijumpat dilokasi yang sama kira-kira jam 11.40 pagi,” katanya

    Operasi SAR yang memasuki hari kedua hari ini ditamatkan berikutan penemuan tersebut. – Sarawakiana

  • No Comment to " Dua Remaja Lemas Di Sungai Seduan Ditemui "