• Dua Pelajar IPTS Ditahan Edar Dadah

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+


    SEPANG:  Pihak polis menahan dua pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang disyaki mengedar ganja kepada pelajar lain.

    Mereka yang berusia 18 dan 21 tahun dipercayai mengedar ganja dengan harga RM50 sepaket kepada pelajar IPTS di Cyberjaya itu.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Baharudin Mat Taib berkata mereka ditahan Isnin lepas.

    "Mereka dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadah kira-kira tujuh hingga lapan bulan di IPTS tersebut," katanya.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Dua Pelajar IPTS Ditahan Edar Dadah "