• Drone bantu forensik bangunan tahfiz

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+


    SEPASUKAN anggota polis bahagian Unit Forensik tiba di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, 10.30 pagi ini.

    Kehadiran mereka dipercayai bagi meneruskan siasatan kejadian kebakaran pusat tahfiz itu, Khamis lalu.

    Sekurang-kurangnya 14 anggota memasuki bangunan pusat tahfiz berkenaan sebelum diberi taklimat oleh komander operasi.

    Lebih 100 orang ramai berada di sekitar bangunan itu mengerumi pusat tahfiz untuk melihat kerja skuad itu.

    Ada juga yang datang menghulurkan sumbangan di khemah yang disediakan oleh pihak pengurusan tahfiz.

    Sementara itu, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman turut menyertai operasi itu.

    Mereka dilihat mengambil imej daripada udara menggunakan dron mungkin hendak merakam sudut bangunan yang tertentu untuk diserahkan kepada Unit Forensik.-Hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Drone bantu forensik bangunan tahfiz "