• Dipukul Selepas Cuba Pecah Masuk Pusat Kecantikan

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Cubaan lelaki memecah masuk pusat kecantikan gagal apabila dicekup penduduk di Kampung Pauh Panji, Kota Bharu, kira-kira 1 pagi semalam.

    Lelaki berusia 28 tahun yang turut cedera dipukul kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, ketika kejadian, pemilik pusat berusia 55 tahun itu sedang tidur di rumahnya dekat kawasan terbabit dan hanya menyedari kejadian apabila mendengar bunyi bising.

    "Kemudian mangsa membuka pintu rumah untuk melihat kejadian dan mendapati orang ramai berkumpul di hadapan salonnya.

    "Mangsa diberitahu penduduk, terdapat kecurian dan cubaan memecahkan pusat kecantikannya," katanya, hari ini.

    Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis dan suspek dihantar ke balai untuk tindakan lanjut.

    "Suspek kita tahan untuk siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan," katanya.

    Sebuah Perodua Kancil, sebilah parang, satu alat pemotong dan dua kuku kambing (senjata besi) milik suspek turut dirampas.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dipukul Selepas Cuba Pecah Masuk Pusat Kecantikan "