• Dayak Perlu Rebut Peluang Dalam Ekonomi Seni Budaya

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+
    Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) dan menyalurkan peruntukkan RM20 juta untuk menerajui pembangunan seni budaya Malaysia.

    Najib turut mengisytiharkan ekonomi seni budaya merupakan aset baharu Malaysia. Dengan pengisytiharan tersebut, Sarawak seharusnya melibatkan diri kerana negeri ini mempunyai pelbagai etnik yang memiliki kebudayaan yang unik.

    Kaum Dayak antara yang paling aktif mempersembahkan seni budaya disebabkan pengekalan adat resam sentiasa diamalkan. Malah seni budaya di Sarawak begitu banyak kerana 27 etnik mempunyai kebudayaan yang berbeza serta menarik untuk diketengahkan.

    Memang bertepatan kerajaan membantu seni budaya Malaysia kerana pelancong lebih gemar melihat budaya yang tidak pernah mereka tonton sebelum ini. Pada masa sama ekonomi Malaysia akan berkembang dari masa ke semasa


    Dengan pengumuman tersebut, kaum Dayak di Sarawak khususnya harus merebut peluang agar seni budaya menjadi antara penyumbang ekonomi terbesar pada masa akan datang. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Dayak Perlu Rebut Peluang Dalam Ekonomi Seni Budaya "