• Dawos Sedia Bertanding PRU14 Jika Dapat Perkenan Najib

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit bersedia untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak empat penggal lepas jika keadaan kesihatan beliau bertambah baik.

    Bagaimanapun, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu menyerahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.

    "Ia bergantung keada kepimpinan parti untuk membuat keputusan. Jika PM kata saya patut bertanding, saya akan melakukannya untuk rakyat.

    "Semuanya bergantung kepada PM," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Mengenai kesihatannya, Dawos berkata, doktor memberitahu ada peluang untuk mata beliau kembali pulih.

    Beliau sebelum ini pernah mengumumkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Dawos menamakan pegawai khasnya, Datuk Detta Samen sebagai calon berpotensi untuk menggantikannya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Dawos Sedia Bertanding PRU14 Jika Dapat Perkenan Najib "