• DAP Bagi Risalah, BN Bagi Pembangunan Pada Rakyat

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+
    Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan muncul bila-bila masa dan sudah pasti setiap parti politik yang akan bertanding sedang bersiap siaga untuk mempamerkan kreadibiliti calon dan parti.

    DAP Sarawak awal-awal lagi sudah merencana pergerakan kempen dan susah mula turun padang menemui rakyat. Kebanyakan pergerakan DAP lebih menumpukan rakyat di kawasan bandar.

    Mengagih risalah berkenaan parti langkah awal DAP untuk meraih undi penduduk di bandar tetapi jarang kelihatan DAP melakukan perkara yang sama di luar bandar.

    Bezanya Barisan Nasional sudah bergerak sekian lama sejak memenangi PRU13 dan lebih fokus kepada janji pembangunan dan melaksanakan sebaik mungkin.

    Banyak janji BN sudah dilaksanakan dan rakyat kawasan sudah menikmati hasil pembangunan tersebut. Walaupun PRU14 sudah semakin hampir, BN masih lagi melakukan tugas pembangunan untuk rakyat tanpa hemti.

    Inilah perbezaan yang ketara diantara BN dan DAP Sarawak. DAP akan muncul apabila musim pilihanraya dan kebanyakkan kempen awal adalah mengedar risalah. Tetapi BN sudah bergerak sejak memenangi pilihanraya lepas dengan melaksanakan pembangunan yang dijanjikan untuk rakyat. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Bagi Risalah, BN Bagi Pembangunan Pada Rakyat "