• Dadah RM5.3 Juta Dirampas

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    Polis menahan sembilan individu termasuk dua wanita dan merampas dadah bernilai lebih RM5.3 juta hasil tujuh serbuan di Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan pada 11 hingga semalam.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 36 dan 42 tahun hasil dua serbuan dilakukan di sekitar Changlun, Kedah, bermula jam 10.40 pagi, kelmarin.

    Katanya, hasil penahanan dua suspek itu pihaknya merampas 88 ketulan mampat ganja seberat 87.4 kilogram (Kg) dianggarkan bernilai RM262,000.

    "Pada jam 12.40 pagi, semalam, JSJN bersama Pasukan Khas Tektikal dan Perisikan Narkotik (STING) menahan lima individu termasuk dua wanita berusia 23 hingga 42 tahun hasil serbuan di sekitar Kelantan iaitu di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pasir Puteh.

    "Hasil penahanan suspek polis merampas serta merampas 66.34 Kg syabu, 26 pil yaba dan 10 pil Erimin 5 dianggarkan bernilai RM5 juta.

    "Manakala dua lelaki warga Nigeria pula ditahan hasil dua serbuan di Taman Puncak Desa, Kuala Lumpur dan polis merampas 263 gram kokain serta 1.2 Kg ganja dianggarkan bernilai RM69,000," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

    Jelasnya, kesemua suspek kini direman bagi siastan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dadah RM5.3 Juta Dirampas "